Informasi Permainan Video Terkini
Crackdown 3 Bakal Dilancarkan Pada 15 Februari 2019
PC

Crackdown 3 Bakal Dilancarkan Pada 15 Februari 2019

Diterbitkan pada November 11, 2018 oleh .

Ketika acara X018, Microsoft akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi permaina Crackdown 3 iaitu pada 15 Februari 2019. Permainan tersebut sebelum ini diumumkan bakal tiba pada Februari 2019.

Crackdown 3 akan dilancarkan di PC dan juga Xbox One dimana buat mereka yang melanggan Xbox Game Pass, permainan tersebut juga boleh didapatkan melalui servis langganan tersebut pada hari pelancarannya.

Selain itu, Microsoft juga memperlihatkan bentuk permainan Wrecking Zone buat Crackdown 3 dimana anda boleh melihatnya di atas. Melalui mod tersebut, pemain akan berupaya untuk bertempur secara multi-pemain di dalam arena.

Tambahan itu, bersempena dengan acara X018, Microsoft juga mengumumkan bahawa permainan Crackdown pertama boleh dimuat-turun secara percuma bermula hari ini sehingga 30 November.

Muat-Turun: Crackdown


TIPS & ULASAN