Informasi Permainan Video Terkini
Void Bastards – Permainan Penembak Strategi Oleh Bekas Pembangun Bioshock Dan System Shock 2
PC

Void Bastards – Permainan Penembak Strategi Oleh Bekas Pembangun Bioshock Dan System Shock 2

Diterbitkan pada November 11, 2018 oleh .

Blue Manchu hari ini mengumumkan ketika acara X018 yang mana mereka akan melancarkan permainan Void Bastards di Xbox One dan PC. Menurut mereka, permainan tersebut akan dilancarkan pada tahun 2019 ini dan ianya juga bakal tiba melalui Xbox Game Pass.

Void Bastards merupakan permainan penembak strategi yang dibangunkan oleh bekas pembangun seperti permainan Bioshock dan System Shock 2.

Melaluinya, pemain perlu merancang serangan pemain di dalam kapal angkasa dan pada masa yang sama menyerang musuh dalam bentuk penembak pandang pertama. Menurut pembangun, ianya akan mempunyai penceritaan selama 12 hingga 15 jam kandungan permainan.

Bagi anda yang berminat permainan bergenre ini, Void Bastards bakal tiba di PC dan Xbox One menjelang 2019 ini.


TIPS & ULASAN