PUBG Akan Disenaraikan Di Dalam Permainan Xbox Game Pass

Sempena acara X018 yang berlangsung hujung minggu ini, Microsoft hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG ke dalam senarai permainan Xbox Game Pass bermula 13 November ini.

Ini bermakna, pemain tidak lagi perlu membeli permainan PUBG secara berasingan dimana pemain boleh dapatkan PUBG, bersama-sam dengan lebih dari 100 permainan lain dengan melanggan Xbox Game Pass.

Xbox Game Pass merupakan perkhidmatan langganan yang disediakan oleh Microsoft untuk pengguna Xbox One. Dengan membayar $9.99(~RM41) sebulan, pemain dapat mengakses lebih 100 permainan. Servis yang dipanggil sebagai Netflix untuk permainan video ini adalah terhad untuk Xbox One dan PC hanya terhad untuk permainan yang dikeluarkan oleh mereka sahaja.

Selain itu, Microsoft juga mengumumkan buat mereka yang tidak pernah melanggan Xbox Game Pass, mereka akan menawarkan langganan untuk bulan pertama Xbox Game Pass dengan berharga hanya $1(RM4.20). Tawaran tersebut akan bermula hari ini sehingga 3 Januari 2019.

Sohor Kini