Square-Enix hari ini mengumumkan watak DLC seterusnya buat permainan Dissidia: Final Fantasy NT iaitu Yuna daripada Final Fantasy X akan tiba Disember ini.
Yuna merupakan salah satu watak wanita utama di dalam Final Fantasy X yang mana beliau merupakan seorang Summoner. Seoerti di dalam permainan Final Fantasy X, melalui Dissidia Final Fantasy NT, Yuna berupaya untuk bertempur dengan memanggil Summon Valefor dan bertarung bersamanya.
Selain daripada kostum asas Yuna dari Final Fantasy X, Square-Enix juga menyertakan kostum perkahwinan yang mana merupakan kostum Yuna ketika sesi perkahwinan bersama Seymour di dalam Final Fantasy X.
Dissidia: Final Fantasy NT merupakan permainan eksklusif untuk Playstation 4 dan dikeluarkan untuk pasaran global pada Januari lepas. Asalnya ia merupakan permainan arked yang hanya dilancarkan buat pasaran Jepun. Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan penuh permainan tersebut, Anda boleh membacanya di bawah.