Informasi Permainan Video Terkini
Sony Mengumumkan 2 Berkas Untuk Playstation 4 – Party Bundle Dan HITS

Sony Mengumumkan 2 Berkas Untuk Playstation 4 – Party Bundle Dan HITS

Diterbitkan pada November 9, 2018 oleh .

Sony Interactive Entertainment (SIE) hari ini mengumumkan 2 berkas untuk konsol Playstation 4. 2 berkas tersebut adalah Party bundle dan juga HITS.

Berkas Party Bundle akan menyertakan konsol PS4 (Hitam, 500GB) bersama dengan dua permainan iaitu FIFA 19 secara fizikal dan Overcooked! 2 secara digital. Berkas ini dijual dengan harga RM1,449 dan akan dikeluarkan pada 15 November 2018.

Manakala untuk berkas HITS, ia akan menyertakan konsol PS4 (Hitam, 500GB) dan tiga permainan eksklusif iaitu God of War dan Detroit: Become Human secara fizikal dan The Last of Us Remastered secara digital. Ia akan dijual dengan harga RM1,349 bermula pada 19 November 2018.

Selain itu, SIE juga menawarkan kain pengelap pelbagai guna yang bertemakan PlayStation Network dengan setiap pembelian Kad langganan 12-bulan Playstation Plus bermula pada 8 November 2018. Kad langganan tersebut bernilai RM137.

Tambahan itu, SIE juga mengumumkan penurunan harga beberapa permainan. Harga tersebut adalah untuk versi fizikal sahaja. Permainan-permainan yang ditawarkan lebih murah adalah;

  • God of War – RM159
  • Detroit: Become Human – RM159
  • Bloodborne: The Old Hunters Edition – RM139
  • MLB® The Show 18 – RM129
  • Bravo Team (VR Diperlukan) – RM129
  • DRIVECLUB VR (VR Diperlukan) – RM79
  • Farpoint (VR Diperlukan) – RM79
  • PlayStation VR Worlds (VR Diperlukan) – RM79
  • No Heroes Allowed! VR (VR Diperlukan) – RM79
  • RIGS: Mechanized Combat League (VR Diperlukan) – RM79
  • Horizon Zero Dawn Complete Edition – RM99
  • Shadow of the Colossus Remake – RM99
  • The Heavy Rain dan BEYOND: Two Souls – RM 99
  • UNCHARTED: The Lost Legacy – RM99
  • WipEout Omega Collection (Menyokong VR) – RM99
  • The Inpatient (VR Diperlukan) – RM99

Kedua-dua berkas, kad langganan PS Plus dan juga permainan-permainan di atas boleh diperoleh daripada pengedar rasmi PlayStation.


TIPS & ULASAN