Informasi Permainan Video Terkini
Pendapatan Bulan Oktober: Permua Fortnite RM229 Juta Dan PUBG Mobile RM91 Juta

Pendapatan Bulan Oktober: Permua Fortnite RM229 Juta Dan PUBG Mobile RM91 Juta

Diterbitkan pada November 9, 2018 oleh .

Walaupun pendapatan PUBG Mobile meningkat dengan pengenalan Royale Pass, namun, permua tersebut masih tidak boleh menyaingi permua Fortnite walaupun buat masa ini hanya sepenuhnya dikeluarkan untuk iOS.

Berdasarkan anggaran oleh Sensor Tower, bagi bulan Oktober, PUBG Mobile telah mencatat pendapatan sebanyak $22 juta(~RM91 juta) manakala Fortnite mencatat pendapatan sebanyak $55 juta(~RM229 juta) untuk bulan yang sama.

Lagi menarik, jumlah untuk PUBG Mobile adalah untuk iOS dan juga Android, manakala Fortnite hanya untuk di peranti iOS sahaja. Namun, jumlah tersebut tidak menyertakan jumlah pendapatan dari China.


TIPS & ULASAN