Selepas pengumuman yang mengelirukan oleh Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng semasa Belanjawan 2019 mengenai peruntukan RM10 juta untuk e-sukan, tampaknya industri tersebut terus rancak.

Razer baru-baru ini mengumumkan akan melabur sebanyak RM10 juta untuk pembangunan e-sukan di Malaysia. Kini, giliran Domino’s Pizza iaitu antara jenama Pizza yang popular di pasaran Malaysia dan global untuk terlibat di dalam pembangunan industri ini dengan melancarkan Domino’s Esports.

Melalaluinya Domino’s Pizza akan memulakan inisiatif untuk menyokong keperluan komuniti e-sukan bagi merancakkan pembangunan industri tersebut di Malaysia. Sebahagian daripada usaha tersebut, Domino’s telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak utama di dalam pembangunan e-sukan tempatan untuk mendapat kefahaman dan pendapat.

Selain itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif Domino’s Esports, mereka juga mengadakan kerjasama dengan Garena. Melaluinya pengguna boleh membeli set pizza dengan harga bermula RM34.90 dan akan mendapat satu kod yang boleh ditebus di permainan seperti Arena of Valor, Contra: Return dan Free Fire. Ia akan memberikan pemain pelbagai barangan di dalam permainan seperti kostum dan watak. Maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi Domino’s.

Namun, ia adalah permulaan sahaja, Domino’s Pizza juga mengatakan mereka bakal hadir dengan pelbagai tawaran dan inisiatif lain untuk terus merancakkan industri e-sukan di Malaysia.

Sohor Kini