Razer pada April lepas telah melancarkan kedai permainan dalam talian mereka sendiri melalui Razer Game Store. Kedai tersebut boleh dibeli oleh pengguna di Malaysia akan tetapi perlu menggunakan mata wang Dollar.
Hari ini, Razer melancarkan satu lagi kedai permainan dalam talian yang khas untuk pasaran Malaysia. Kedai tersebut tidak menggunakan kedai dalam talian yang dilancarkan sebelum ini, akan tetapi menggunakan Lazada sebagai penyedia perkhidmatan tersebut.
Dengan menggunakan Lazada, harga yang ditawarkan bukan sahaja dalam ringgit anda juga kini boleh menggunakan pelbagai cara pembayaran yang disediakan oleh Lazada. Ia sudah semestinya lebih baik berbanding Razer Game Store.
Pada 11 November nanti, Lazada serta pelbagai lagi gedung dalam talian di Malaysia akan melakukan jualan promosi besar-besaran dan kedai Razer ini sudah semestinya akan turut terlibat dan akan menawarkan permainan dengan lebih murah.
Buat masa ini, permainan yang ditawarkan adalah untuk PC sahaja dan kebanyakannya menggunakan Steam sebagai tempat untuk menebus kod permainan.
[info]Layari : Razer Game Store[/info]