Informasi Permainan Video Terkini
Playstation Store: Senarai Permainan Paling Banyak Dimuat-Turun Untuk Bulan Oktober

Playstation Store: Senarai Permainan Paling Banyak Dimuat-Turun Untuk Bulan Oktober

Diterbitkan pada November 9, 2018 oleh .

Sony Interactive Entertainment melalui penulisan di blog rasmi Playstation mengeluarkan senarai permainan yang paling banyak dimuat-turun di Playstation Store untuk bulan Oktober bagi pasaran Amerika Syarikat.

Senarai yang dikeluarkan adalah permainan PS4, permainan PSVR, permainan percuma untuk dimainkan, permainan PS Vita, tema untuk PS4 dan permainan PS Classics. Untuk penulisan ini kami akan berkongsi permainan PS4 untuk senarai penuh anda boleh melayari blog Playstation menggunakan pautan di bawah.

Berikut adalah 10 permainan PS4 yang dimuat-turun terbanyak di Playstation Store untuk bulan Oktober.

  1. Call of Duty Black Ops 4
  2. Red Dead Redemption 2
  3. Assassin’s Creed Odyssey
  4. FIFA 19
  5. Battlefield 1
  6. Marvel’s Spider-Man
  7. NBA 2K19
  8. SoulCalibur VI
  9. Castlevania Requiem: Symphony of the Night & Rondo of Blood
  10. WWE 2K19

Untuk bulan Oktober, Call of Duty Black Ops 4 mendahului dan kami tidak terkejut kerana semasa dilancarkan ia memecah rekod jualan digital tertinggi di Playstation Store.

Manakala Red Dead Redemption 2 berada di tempat kedua, namun, ia adalah kerana permainan tersebut dikeluarkan pada akhir bulan Oktober. Kami sudah boleh jangkakan yang ia akan mendahalui untuk senarai bulan November nanti.


TIPS & ULASAN