Skip to main content

Seperti yang diumumkan sebelum ini, permainan Marvel’s Spider-man oleh Insomniac Games akan menerima penambahan Marvel’s Spider-Man: The City That Never Sleeps yang mengandungi tiga DLC dan akan dikeluarkan secara berperingkat.

DLC pertama iaitu The Heist sudah dikeluarkan pada 23 Oktober lepas dan menerima reaksi yang bercampur. Hari ini, berdasarkan penyenaraian di dalam permainan DLC kedua iaitu Turf War akan tiba pada 20 November 2018.

Menariknya, penyenaraian tersebut juga memperlihatkan watak baharu iaitu penjahat Hammerhead juga akan menampilkan diri di dalam DLC tersebut.

Kami sebelum ini mengulas yang Marvel’s Spider-Man adalah permainan yang menyeronokkan akan tetapi mempunyai kandungan yang terhad. Dengan penambahan kandungan melalui DLC, berharap ia akan menjadi lebih baik.

Ulasan Marvel’s Spider-Man – Permainan Dunia Terbuka Adiwira Yang Baik

Leave a Reply