Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Mencecah 8.3 Juta Pemain Serentak

Fortnite Mencecah 8.3 Juta Pemain Serentak

Diterbitkan pada November 9, 2018 oleh .

Pada Februari tahun ini, Fortnite mengatasi PUBG dari segi jumlah pemain serentak dengan mencatatkan 3.4 juta pemain. Beberapa bulan kemudian, Epic Games hari ini mengatakan Fortnite telah mencecah 8.3 juta pemain serentak.

Peningkatan ini adalah tidak mengejutkan terutama kerana Fortnite kini terdapat di pelbagai platform termasuk juga di peranti pintar. Pada Jun lepas, Epic Games telah mengumumkan yang Fortnite mempunyai lebih 125 juta pemain berdaftar dan kami merasakan kini sudah jauh lebih ramai.

Dengan PUBG yang diura-urakan akan tiba untuk Playstation 4 tidak lama lagi, adakah mereka dapat mengejar dominasi Fortnite ini?


TIPS & ULASAN