Skip to main content

Seperti yang diura-urakan sebelum ini, aplikasi Youtube akhirnya boleh mula dimuat turun untuk konsol Switch. Dengan tersedianya aplikasi ini, ia menjadikan Switch kini mempunyai 2 aplikasi hiburan selepas Hulu yang dikeluarkan pada tahun lepas lagi.

Dari segi antara-muka, aplikasi tersebut menggunakan rekaan yang sama seperti aplikasi di Playstation yang mungkin digemari ataupun tidak digemari oleh anda. Walaupun ini adalah satu penambahan yang kecil, kami berharap ia akan membuka ruang kepada aplikasi lain untuk turut dikeluarkan ke konsol hibrid.

Dengan mempunyai paparan yang lebih besar walaupun kualiti skrin kurang berbanding peranti pintar anda, ia mungkin lebih digemari untuk dijadikan tempat menonton video Youtube. Bagaimana dengan anda? Adakah anda akan menggunakan bateri Switch yang sedikit untuk menonton video KPOP?

[download]Nintendo: Youtube[/download]

Leave a Reply