Sebelum ini, Square-Enix mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan 4 DLC tambahan buat permainan Final Fantasy XV yang mana ianya memfokuskan watak Lunafreya, Aranea, Ardyn dan Noctis.

Terkini, ketika acara langsung khas Final Fantasy XV untuk tahun kedua permainan tersebut, mereka mengumumkan bahawa DLC episod buat watak Lunafreya, Aranea dan Noctis akan dibatalkan.

Namun, bagi episod Ardyn, mereka masih lagi akan melancarkannya iaitu pada Mac 2019. Berdasarkan trailer yang dipertonton, DLC tersebut tampaknya akan memfokuskan watak Ardyn yang masih muda. Melaluinya, Square-Enix juga memperlihatkan watak Regis Lucis Caelum, iaitu ayah kepada Noctis dalam usia yang lebih muda.

Tambahan itu, bersempena dengan pelancaran DLC episod Ardyn tersebut, Square-Enix juga akan melancarkan animasi anime pendek khas berdasarkan DLC tersebut dimana video acahnya akan dikongsikan pada Disember 2018 dan Januari 2019 ini.

Selain itu, Square-Enix juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan FFXV Multiplayer: Comrades secara berasingan dimana ianya bakal tiba pada 12 Disember ini dengan harga $9.99(~RM42). Bagi mereka yang mempunyai permainan tersebut melalui pas musim, Square-Enix akan menyertakannya secara percuma.

Menariknya juga, dengan pelancarannya secara berasingan dengan permainan Final Fantasy XV, Square-Enix juga akan menyertakan pelbagai senjata, kostum dan musuh baru sebagai kemaskini percuma permainan tersebut.

Tambahan itu, pada 12 Disember ini, Square-Enix akan menyertakan kandungan khas dari permainan Final Fantasy XIV: Stormblood ke dalam permainan Final Fantasy XV dimana pemain berupaya untuk melakukan misi baru.

https://www.youtube.com/watch?v=UcutEnz_Dp8

Melaluinya, pemain juga berupaya untuk mendapatkan kostum khas dari FFXIV bersama-sama dengan bertempur musuh baru, Garuda. Kandungan kolaborasi tersebut juga akan menyertakan misi khas “Adventurer From Another World” yang pemain boleh lakukan.

Bagi anda yang ingin menonton keseluruh siaran langsung tersebut, anda boleh menontonnya dibawah.

Final Fantasy XV merupakan permainan JRPG yang dilancarkan dan dibangunkan oleh Square-Enix pada 2016 lepas. Ianya telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Sohor Kini