Hajime Tabata, iaitu pengarah untuk permainan Final Fantasy XV dan juga pengasas Luminous Productions hari ini menyatakan bahawa beliau akan meninggalkan Square-Enix.

Pengumuman tersebut diumumkan ketika acara langsung khas Final Fantasy XV yang mana beliau menyatakan bahawa beliau sangat berterima kasih atas sokongan peminat sepanjang pembangunan Final Fantasy XV. Namun, buat masa ini Hajime Tabata tidak menyata sebarang informasi lanjut untuk projek seterusnya oleh beliau.

Kami di Aksiz ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Hajime Tabata dan kami percaya projek seterusnya oleh beliau pasti merupakan sesuatu yang menarik.

Sohor Kini