Dengan pelancaran Pokemon: Let’s Go Pikachu dan Eevee! semakin hampir, Nintendo hari ini berkongsi satu trailer khas yang mana mereka memperlihatkan watak-watak Elite Four.

Bagi anda yang pernah bermain permainan Pokemon sebelum ini, anda pasti kenal dan pernah mencabar Elite Four sebelum ini dimana mereka merupakan pelatih Pokemon terbaik untuk sesuatu rantau.

Antara Elite Four tersebut adalah Lorelei, iaitu pelatih Pokemon yang memfokuskan ais. Seterusnya adalah Bruno, iaitu pelatih Pokemon lawan, Agatha iaitu pelatih Pokemon hantu dan akhir sekali Lance iaitu pelatih Pokemon yang memfokuskan Naga.

Sebelum ini, Nintendo juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan berkas Nintendo Switch khas bersama permainan tersebut dimana anda boleh melihatnya di pautan dibawah.

Berkas Switch Bersama Pokemon: Let’s Go Diumumkan – Menyertakan Rekaan Unik Bersama Pokeball Plus

Pokemon: Let’s Go Pikachu! dan Let’s Go Eevee! merupakan permainan seterusnya Pokemon yang mana ia dibangunkan khas di konsol Switch. Ianya dilancarkan secara dua versi dimana pemain akan memilih pilihan Pokemon utama antara Pikachu ataupun Eevee. Permainan tersebut akan dilancarkan pada 16 November ini.

Sohor Kini