Skip to main content

Gris merupakan permainan platformer yang dibangunkan oleh Nomada Studio dan akan diterbitkan oleh Devolver Digital ia telah diumumkan pada Ogos lepas untuk Switch dan PC.

Hari ini, Devolver Digital berkongsi trailer baharu buat permainan tersebut dan bersamanya mengumumkan tarikh pengeluaran iaitu pada 13 Disember 2018.

Di dalam permainan ini, bentuk permainan tidak akan mempunyai sebarang kesukaran ataupun kematian yang akan menyakitkan hati. Sebaliknya, ia akan lebih memfokuskan kepada pengembaraan pemain. Selain itu, terdapat juga tekaria ringkas, platformer dan pelbagai cabaran.

Seperti yang kami katakan sebelum ini, permainan mempunyai arahan seni yang sangat menarik dan kami tidak sabar untuk mencubanya.

Leave a Reply