Tampaknya, pelancaran PUBG di konsol Playstation 4 bukan lagi hanya sekadar ura-ura dimana hari ini, Playstation Hong Kong secara tidak sengaja menyenaraikan berkas permainan PUBG bersama langganan 12 bulan Playstation Plus.

Senarai tersebut boleh dilihat melalui pautan ini, dimana menurutnya, tawaran tersebut juga akan ditawarkan buat pasaran Malaysia. Sekaligus senarai ini memastikan bahawa PUBG akan dilancarkan di pasaran Malaysia.

Tawaran seperti ini tidaklah begitu asing di PSN Store dimana sebelum ini, Sony juga menawarkan langganan Playstation Plus selama 12 bulan bersama-sama permainan lain seperti FIFA dan sebagainya.

Selain itu, senarai itu juga meletakkan tawaran tersebut akan bermula pada 14 November sehingga 6 Disember, sekaligus tarikh pelancaran permainan PUBG di Playstation 4 mungkin diantara tarikh tersebut. Selain itu, Sony juga tampaknya akan menyertakan kostum Yukata khas bersama-sama berkas permainan tersebut.

Namun, buat masa ini pihak PUBG Corp mahupun Sony masih belum menyatakan sebarang pengumuman rasmi. Akan tetapi dengan senarai ini, kami percaya ianya kini sudah pasti bahawa PUBG akan dilancarkan di Playstation 4 tidak lama lagi.

Sohor Kini