Sebelum ini, Microsoft mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara komuniti X018 khas di Mexico City yang mana ianya bakal berlangsung pada 10 dan 11 November, hujung minggu ini.
Terkini, Microsoft mengumumkan sebilangan rancangan yang bakal mereka adakan sempena acara tersebut melalui Larry Hryb, ataupun lebih dikenali sebagai Major Nelson, dimana beliau merupakan pengarah pengaturcara buat Microsoft.
Inside Xbox: returns with a two-hour show, LIVE from X018, and will feature Crackdown 3, Minecraft, Sea of Thieves, State of Decay 2, Forza Horizon 4 and much more https://t.co/lW5KDrkij9 pic.twitter.com/qeMtq3H9gj
— Larry Hryb, Gamer Emeritus 📱⌨️🖱️🎮 (@majornelson) November 7, 2018
Major Nelson menyatakan bahawa sempena acara tersebut, mereka akan mengadakan pertunjukkan secara langsung selama 2 jam dimana ianya akan memperlihatkan sebilangan permainan seperti Crackdown 3, Minecraft, Sea Of Thieves dan sebagainya.
Selain itu, Microsoft juga menjanjikan berita PUBG besar bakal diumumkan dan termasuk beberapa kejutan. Menariknya juga, mereka menyatakan bahawa bagi servis Xbox Game Pass, mereka akan mengumumkan lebih dari dozen pengumuman permainan.
Sememangnya acara ini akan pasti menarik minat pemain Xbox One diluar sana dan baru-baru ini Microsoft baru sahaja menawarkan permainan PUBG secara percuma buat pemain Xbox One.
Bagi anda yang berminat untuk menonton acara tersebut, ianya akan ditayangkan pada 11 November ini jam 5 pagi (Waktu Malaysia) selama dua jam. Anda boleh menontonnya di senarai sosial media yang berikut iaitu di Mixer, Twitch, YouTube, Facebook, dan Twitter.