Informasi Permainan Video Terkini
8BitDo Umum Gbros. Adapter – Penyesuai Alat Kawalan Retro Tanpa Wayar Buat Switch

8BitDo Umum Gbros. Adapter – Penyesuai Alat Kawalan Retro Tanpa Wayar Buat Switch

Diterbitkan pada November 8, 2018 oleh .

Dengan pelancaran Super Smash Bros. Ultimate semakin hampir Disember ini, mungkin ramai yang berminat untuk bermain permainan tersebut dengan alat kawalan Gamecube mereka yang sedia ada di konsol terbaru Nintendo, Switch.

Terkini, 8BitDo, iaitu mereka terkenal dengan pengeluar alat kawalan pihak ketiga buat konsol Switch, hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Gbros. Adapter iaitu satu penyesuai khas alat kawalan yang mana pemain boleh menggunakan alat kawalan retro oleh Nintendo di konsol Switch secara nirwayar.

Menariknya,alat penyesuai ini akan berfungsi seakan alat kawalan Wiimote dimana ianya terbina dengan butang tambahan seperti butang Home dan butang menangkap paparan skrin.

Dari segi hubungan pula, ianya boleh digunakan secara USB ataupun secara nirwayar dengan sambungan secara Bluetooth. Penyesuai tersebut juga dikuasakan dengan menggunakan bateri AA.

Selain itu, Gbros. Adapter juga boleh disambung dengan pelbagai jenis alat kawalan retro Nintendo lain seperti alat kawalan Gamecube, Wii U Pro Controller, SNES dan sebagainya. Menurut 8BitDo, penyesuai ini juga boleh digunakan di PC.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan penyesuai ini, ianya akan dilancarkan pada 7 Disember iaitu sama tarikh dengan pelancaran permainan Super Smash Bros. Ultimate dimana ianya dijual dengan harga $19.99(~RM84).


TIPS & ULASAN