Skip to main content

11 Bit Studios hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan This War Of Mine di konsol Switch pada bulan ini. Menariknya, versi yang bakal mereka lancarkan adalah versi lengkap yang akan menyertakan kesemua DLC.

This War Of Mine: Complete Edition merupakan permainan simulasi yang mana meletakkan pemain sebagai mangsa peperangan. Pemain perlu mencari makanan dan barangan untuk teruskan hidup di kawasan bandar yang telah musnah hasil daripada peperangan tersebut.

Menariknya, melalui edisi lengkap ini, pembangun permainan tersebut menyatakan bahawa mereka akan menyertakan kesemua DLC tambahan seperti The Little Ones dan Father’s Promise.

This War Of Mine sebelum ini juga telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, PC dan juga versi permua di iOS dan Android.

Bagi anda yang berminat dengan permainan bergenre pertahanan hidup, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan This War Of Mine: Complete Edition di Nintendo Switch, pada 27 November ini.

Leave a Reply