Skip to main content

[Kemaskini]

Melalui pautan ini, Microsoft menyatakan kedua-dua permainan iaitu PUBG dan PES 2o19 yang ditawarkan hanyalah terhad untuk dimainkan secara percuma pada 8 hingga 11 November ini sahaja.

Menurut Microsoft, tawaran ini juga adalah sempena acara Free Play Days For All yang mana pemain tidak perlu melanggan Xbox Live Gold untuk bermain secara atas-talian.

Sekaligus tawaran ini juga mungkin bersempena dengan acara X018 yang berlangsung hujung minggu ini dan selepas 11 November, pemain perlu membeli kedua-dua permainan tersebut untuk meneruskan bermain.

[Artikel Asal]

PUBG iaitu permainan pertempuran royale yang sangat terkenal di kalangan pemain PC dan Xbox One sebelum ini dilaporkan bahawa ianya tidak lagi akan menjadi permainan konsol esklusif.

Terkini, Microsoft tampaknya akan memberi permainan tersebut secara percuma buat pemain Xbox One dimana anda boleh dapatkannya dengan hanya memuat-turunnya melalui Microsoft Store.

Walaupun begitu, buat masa ini pihak PUBG mahupun Microsoft tidak menyatakan tempoh masa bagi tawaran tersebut dan kami di Aksiz mengesyorkan anda untuk menebus permainan tersebut sebelum terlambat.

Berdasarkan laporan The Verge, tawaran ini juga mungkin bersempena dengan acara komuniti Xbox X018 yang bakal berlangsung hujung minggu ini. Selain itu, permainan Pro Evolution Soccer 2019 buat konsol Xbox One juga boleh dimuat-turun secara percuma bersempena dengan tawaran ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan-permainan tersebut dibawah.

[download] Muat-Turun: PUBG di Xbox One [/download] [download] Muat-Turun: PES2019 di Xbox One [/download]

Leave a Reply