Informasi Permainan Video Terkini
Adidas Akan Mengeluarkan Kasut Berdasarkan Siri TV Game of Thrones

Adidas Akan Mengeluarkan Kasut Berdasarkan Siri TV Game of Thrones

Diterbitkan pada November 7, 2018 oleh .

Jika sebelum ini Adidas hadir dengan kasut bertemakan Dragon Ball Z, kini mereka akan hadir dengan kasut rekaan berdasarkan siri TV popular Game of Thrones.

Rekaan untuk kasut berdasarkan siri tersebut akan menggunakan kasut model Ultra Boost yang sudah semestinya lebih digemari berbanding kasut Dragon Ball Z yang menggunakan model ZX500 RM dan Yung-1.

Rekaan yang digunakan tidak sangat memperlihatkan siri TV tersebut, sebaliknya slogan untuk Game of Thrones diletakkan di bahagian label kasut dan nama House diletakkan pada tali kasut.

Menurut laporan, kasut pertama iaitu yang berwarna hitam dan merah akan dikeluarkan pada Januari tahun hadapan.

Apa pendapat anda mengenai rekaan kasut ini? Adakah layak untuk dipanggil sebagai kasut bertemakan Game of Thrones?


TIPS & ULASAN