Informasi Permainan Video Terkini
Dragon Quest XI Diedarkan dan Terjual Secara Digital Sebanyak 4 Juta Unit Setakat Ini
PC

Dragon Quest XI Diedarkan dan Terjual Secara Digital Sebanyak 4 Juta Unit Setakat Ini

Diterbitkan pada November 7, 2018 oleh .

Square Enix hari ini mengumumkan yang Dragon Quest XI telah diedarkan sebanyak 4 juta unit, jumlah tersebut juga termasuk dengan jumlah jualan secara digital.

Menurut Square Enix, antara penyumbang kepada kejayaan ini adalah permainan tersebut dikeluarkan dengan pelbagai versi penyetempatan seperti Inggeris, Perancis, Itali, Jerman dan Korea. Selain itu, ia juga dikeluarkan dalam versi yang lebih kecil untuk konsol 3DS di Jepun.

Kejayaan ini sudah semestinya satu yang berhak diperoleh bagi permainan ini, penulis kami Najmi sebelum ini mengulas yang ia adalah antara permainan JRPG terbaik yang pernah dikeluarkan.

Dragon Quest XI sudah dikeluarkan pada 4 September lepas untuk Playstation 4 dan PC.

Ulasan Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age – JRPG Terbaik Di Playstation 4


TIPS & ULASAN