Polyphony Digital minggu ini melancarkan kemaskini terbaru bagi bulan November buat permainan perlumbaan, Gran Turismo Sport. Melalui kemaskini ini, mereka menyertakan 9 kereta bersama-sama litar baharu. Selain itu, Polyphony Digital juga menyertakan sebilangan kandungan baru untuk mod Scapes dan liga GT.
Kemaskini 1.29 buat Gran Turismo Sport akan menyertakan 9 kereta baharu iaitu:
- Ferrari GTO ’84 (N400)
- Maserati GranTurismo S ’08 (N400)
- Pagani Zonda R ’09 (Gr.X)
- Honda EPSON NSX ’08 (Gr.2)
- Lexus PETRONAS TOM’S SC430 ’08 (Gr.2)
- Nissan XANAVI NISMO GT-R ’08 (Gr.2)
- Jaguar E-type Coupé ’61 (N300)
- MINI Cooper S ’05 (N200)
- Subaru Impreza 22B-STi Version ’98 (N300)
Manakala bagi litar baru pula, Polyphony Digital menyertakan litar Circuit de Barcelona-Catalunya Grand Prix yang mana ianya merupakan litar khas dari Sepanyol, Barcelona.
Selain itu, liga MINI Challenge (Beginner League) dan X2014 Nations Cup (Professional League) juga diumumkan yang mana pemain boleh sertai dan berlumba.
Bagi anda suka untuk menangkap gambar foto bersama-sama kereta kenderaan anda, Polyphony Digital juga membawa lokasi terbaru iaitu musim luruh di Amerika Syarikat buat mod Scapes.
Gran Turismo Sport merupakan permainan simulasi perlumbaan esklusif yang dibangunkan oleh Polyphony Digital di konsol Playstation 4. Ianya merupakan salah satu permainan yang sangat terkenal dengan jumlah pemain melebihi 5 juta pemain.