Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-Ura) PUBG Buat Konsol Playstation 4 Mungkin Akan Dilancarkan Disember Ini

(Ura-Ura) PUBG Buat Konsol Playstation 4 Mungkin Akan Dilancarkan Disember Ini

Diterbitkan pada November 7, 2018 oleh .

Sebelum ini, terdapat pelbagai ura-ura berkenaan permainan PUBG bakal tiba di konsol Playstation 4, antaranya adalah senarai permainan tersebut berada di dalam Korea Game Rating Board.

Namun terkini Eurogamer melaporkan melaporkan bahawa permainan tersebut akan tiba di konsol Playstation 4 disember kelak dimana terdapat seorang pengguna PSN telah berkongsi yang mana beliau terjumpa imej PUBG berada di dalam data pangkalan Playstation 4 termasuklah kandungan ID senarai di PSN Store. Daniel Ahmad, penganalisa permainan video juga menyatakan bahawa permainan tersebut akan tiba di Playstation 4 juga pada Disember kelak.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan permainan tersebut tiba di konsol Xbox One pada 12 Disember lepas dan ianya sudahpun hampir setahun permainan tersebut berada di konsol Xbox One yang mana sebelum ini ianya dinyatakan bahawa PUBG adalah merupakan permainan konsol esklusif di Xbox One.

Namun, ianya mungkin hanyalah esklusif dari segi masa sahaja dan dengan pelancarannya di konsol Sony, ianya pasti akan menarik lagi ramai peminat untuk bermain permainan tersebut.


TIPS & ULASAN