Nintendo Switch Online merupakan servis langganan seakan Playstation Plus ataupun Xbox Live Gold bagi konsol Nintendo Switch. Selain dari fungsi utama untuk bermain permainan secara atas-talian, Nintendo juga menyertakan satu aplikasi khas untuk pemain bermain permainan klasik NES di Switch.

Sebelum ini Nintendo umum 3 permainan baru yang mana ianya tiba sebagai kemaskini bulan Oktober bagi servis tersebut. Terkini, bagi bulan November, Nintendo mengumumkan 3 lagi permainan baru bakal tiba.

3 permainan baru tersebut adalah Metroid, TwinBee dan Mighty Bomb Jack. Menurut Nintendo, ketiga-tiga permainan tersebut akan tiba melalui kemaskini aplikasi NES tersebut pada 14 November kelak. Dengan pengumuman ini, sekaligus senarai permainan NES di Switch meningkat kepada 26 permainan.

Nintendo Switch Online merupakan servis langganan untuk pemilik Switch yang menyertakan pelbagai kelebihan. Harga langgan adalah seperti berikut 1 bulan – $3.99(~RM16), 3 bulan – $7.99(~RM33), 12 bulan – $19.99(~RM82). Disertakan juga pakej untuk keluarga (seramai 7 orang) dengan harga langganan untuk 12 bulan $34.99(~RM144).

Sohor Kini