Blizzard mengeluarkan Heartstone pada tahun 2014, kini selepas lebih 4 tahun, permainan kad tersebut mempunyai lebih 100 juta pemain berdaftar. Namun, mereka tidak menyatakan jumlah pemain yang masih aktif.
Bersempena dengan pencapaian tersebut, pemain yang bermain permainan tersebut dari 7 November sehingga 11 November akan mendapat 6 pek Boomsday Project. Selain itu pemain juga akan mendapat cabaran bermain dengan rakan, menyelesaikan cabaran tersebut akan memberikan 100 Gold dan boleh diulang sebanyak 5 kali.
Di BlizzCon yang berlansung pada minggu lepas, Blizzard turut mengumumkan penambahan baharu untuk Hearthstone iaitu Rastakhan’s Rumble yang akan tiba pada Disember tahun ini.
Hearthstone adalah permainan kad yang sudah dikeluarkan untuk PC dan iOS serta Android.