Informasi Permainan Video Terkini
Pengarah Final Fantasy 7 Remake Tidak Menolak Permainan Sampingan Siri Tersebut Akan Disertakan Bersama

Pengarah Final Fantasy 7 Remake Tidak Menolak Permainan Sampingan Siri Tersebut Akan Disertakan Bersama

Diterbitkan pada November 7, 2018 oleh .

Di acara untuk Kingdom Hearts 3, seorang pemain mengatakan yang dia ingin bermain kembali Before Crisis: Final Fantasy 7 kepada Tetsuya Nomura yang juga pengarah kepada Final Fantasy 7 Remake,

Nomura membalas dengan mengatakan buat masa ini beliau fokus kepada pembangunan Kingdom Hearts III dan apabila ia sudah siap, Final Fantasy 7 adalah fokus seterusnya bagi beliau. Beliau juga mengatakan perbincangan sudah dilakukan dengan penerbit Yoshinori Kitase mengenai jika kompilasi yang menyertakan permainan sampingan untuk siri tersebut seperti Before Crisis: Final Fantasy 7 dan Crisis Core.

Namun, buat masa ini beliau meminta untuk pemain menunggu sehingga beliau mula memfokuskan usaha beliau untuk Final Fantasy 7 Remake.


TIPS & ULASAN