Informasi Permainan Video Terkini
Runner3 Menerima Kemaskini Baharu – Menyertakan Tetapan Untuk Tahap Kesukaran

Runner3 Menerima Kemaskini Baharu – Menyertakan Tetapan Untuk Tahap Kesukaran

Diterbitkan pada November 7, 2018 oleh .

Bagi pemilik Runner3 di PC ataupun Switch, Choice Provision mempunyai satu kemaskini yang boleh dikatakan besar buat permainan tersebut.

Menurut mereka, segala fungsi baharu yang disertakan di dalam kemaskini ini adalah berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pemain. Antara yang disertakan adalah

Tetapan untuk Tahap Kesukaran

Melalui fungsi baharu ini pemain boleh menetapkan sendiri tahap kesukaran untuk permainan ini. Pemain boleh menetapkan jumlah penjahat yang ada iaitu None. Few, More and Most. Selain itu pemain juga kini diberikan pilihan untuk mempunyai lebih banyak Checkpoints.

Permainan ini yang turut mempunyai beberapa collectible seperti Gold Bars dan Gems mungkin tidak digemari oleh pemain, oleh disebabkan itu mereka juga memberi pilihan kepada pemain untuk menutupnya.

Bagi pemain yang bermasalah untuk melalui bahagian tangga, terdapat juga tetapan yang akan membantu untuk memudahkan bahagian tersebut.

Membunuh Diri

Bagi pemain yang cuba melakukan permainan yang sempurna, apabila terlepas sesuatu collectible, ia mungkin akan mengambil masa yang lama kerana perlu menanti untuk terbunuh ataupun menghabiskan sesuatu permainan.

Melalui kemaskini ini, pemain kini boleh membunuh diri ataupun ‘Bonk’ dan memudahkan anda untuk bermain kembali.

Bakal Hadir Untuk PlayStation 4

Kemaskini tersebut selain hadir untuk versi permainan tersebut di Switch dan PC, Choice Provision juga mengumumkan yang kemaskini tersebut turut akan hadir untuk PlayStation 4 apabila ia dikeluarkan pada 13 November 2018 nanti.

Runner3 merupakan permainan platformer berdasarkan rentak muzik dan sudah dikeluarkan untuk Switch dan PC pada 22 Mei lepas. Ia juga bakal tiba untuk PS4 pada 13 November 2018.


TIPS & ULASAN