Pokemon GO Mencatat Pendapatan RM304 Juta Untuk Bulan Oktober

Pokemon GO selepas 2 tahun dikeluarkan pada September lepas telah mencatat pendapatan keseluruhan sebanyak RM8 bilion. Tampaknya, walaupun sudah mencapai kejayaan tersebut, pendapatan untuk permainan mudah alih oleh Niantic ini tidak memperlihatkan penurunan.

Sebaliknya, Oktober lepas, permua tersebut telah mencatat pendapatan sebanyak $73 juta(~RM304 juta) berdasarkan anggaran oleh Sensor Tower. Jumlah tersebut adalah 63% lebih tinggi berbanding jumlah pendapatan untuk bulan yang sama pada tahun lepas.

Mengikut negara, Jepun mendahalui dengan menyumbang kepada 33.2% pendapatan, diikuti Amerikat Syarikat dengan 32.9%. Daripada jumlah tersebut, 54% hadir dari pengguna Android dan selebihnya iOS.

Sohor Kini