Informasi Permainan Video Terkini
Pemenang Tiket Ancient Buat The Kuala Lumpur Major Diumumkan

Pemenang Tiket Ancient Buat The Kuala Lumpur Major Diumumkan

Diterbitkan pada November 6, 2018 oleh .

Sebelum ini, kami mengumumkan bahawa kami akan memberi hadiah tiket percuma buat acara kejohanan Dota 2 terbesar di Malaysia, iaitu The Kuala Lumpur Major yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Antaranya adalah mentonton Ber-Aksiz langsung bersama saya dan membantu saya bermain Dota 2. Ketika sesi tersebut, Ammar Aryani telah pun diumumkan sebagai pemenang tiket Divine.

Manakala bagi tiket Ancient, kami akan memilih komen terbaik di mana-mana penulisan di Aksiz.com dan kami mengambil keputusan untuk memilih Yusuf Zainal sebagai komentar terbaik.

Dengan ini kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada eGG Network kerana memberi peluang kepada kami untuk memberi tiket hadiah tersebut dan juga terima kasih kepada semua yang menyertai sesi pemberian hadiah ini.

Bagi anda yang masih belum mempunyai tiket bagi acara The Kuala Lumpur Major, anda masih lagi boleh membelinya melalui laman rasmi The Kuala Lumpur Major mengikut jenis tiket yang berikut;

  • Immortal berharga RM600
    • Tempat duduk khas berdekatan dengan pentas
    • Beg barangan bernilai RM150
    • Berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah
    • Lorong utama khas untuk berjumpa bersama pasukan pemain
    • Diberi peluang khas untuk membeli kerusi permainan Secret Lab terpakai oleh pasukan pemain yang digunakan ketika di peringkat awal
  • Divine berharga RM330
    • Duduk bebas di kawasan kedua stadium
    • Berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah
    • Diberi peluang khas untuk membeli kerusi permainan Secret Lab terpakai oleh pasukan pemain yang digunakan ketika di peringkat awal
  • Ancient berharga RM180
    • Duduk bebas di kawasan ketiga stadium

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lanjut mengenai The Kuala Lumpur Major, anda boleh layari laman rasmi mereka atau di Facebook eGG Network.

Laman Rasmi: The KL Major

Facebook: eGG Network


TIPS & ULASAN