Skip to main content

Sebelum ini, Acer mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali acara kejohanan e-sukan Predator League buat tahun 2019 dimana sepanjang bulan lepas mereka mengadakan pusingan kelayakkan untuk mencari pasukan yang bakal mewakili Malaysia untuk acara akhir Predator League 2019 yang bakal berlangsung Februari kelak.

Hujung minggu lepas, berlangsungnya acara akhir buat pusingan kelayakkan bagi permainan Dota 2 dimana pasukan Lotac berjaya meraih kemenangan dengan membawa pulang wang hadiah sebanyak RM25,000 bersama-sama dengan aksesori Predator bernilai sebanyak RM5,500. Manakala pasukan HighGround pula membwa pulang wang hadiah sebanyak RM10,000 sebagai pemenang tempat kedua.

Bagi permainan PUBG pula, pasukan Asbol menjuarai kejohanan tersebut dan membawa pulang wang hadiah sebanyak RM15,000 bersama-sama aksesori Predator bernilai RM4,500. Diikuti pasukan Golden King Army di tempat kedua dan mereka membawa pulang hadiah sebanyak RM5,000.

Ini juga bermakna kedua-dua pasukan tersebut iaitu Lotac dan Asbol akan mewakili Malaysia dan bertempur dengan 15 lagi pasukan dari Asia Tenggara bagi acara kejohanan Asia Pasific Predator League 2019 buat permainan Dota 2 dan PUBG yang bakal berlangsung Februari 2019 kelak.

Sebanyak 345 pasukan bertempur untuk dari seluruh Malaysia untuk menyertai kejohanan tersebut dengan hadiah terkumpul lebih dari RM120,000.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Asia Pacific Predator League 2019 akan disertai oleh 16 negara berbeza dari Asia Tenggara iaitu Malaysia, Taiwan, Korea, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Jepun, Singapura, Australia, India, China, Macau, Hong Kong, Myanmar dan Sri Lanka dan kali ini, Acer menyediakan wang hadiah terkumpul melebih RM1.6 juta termasuk hadiah buat pusingan kelayakan.

Johnson Seet iaitu pengarah untuk produk dan bisnes dari Acer juga menyatakan bahawa beliau sangat berbangga dengan kejayaan kedua-dua pasukan tersebut dan dengan mengadakan kejohanan buat kali kedua bagi Asia Pacific Predatoer League 2019, merkea juga berharap untuk meningkatkan lagi industri e-Sukan di Malaysia.

Kami di Aksiz juga ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat pasaukan Asbol dan Lotac. Bagi peminat e-sukan diluar sana, jangan lupa untuk memberi sokongan buat kedua-dua pasukan tersebut menjelang Februari ini untuk acara akhir Asia Pacific Predator League 2019 yang bakal berlangsung di Bangkok, Thailand.

Leave a Reply