Informasi Permainan Video Terkini
Kostum Joker Dan Harley Quinn Dari Suicide Squad Diumumkan Buat PUBG
PC

Kostum Joker Dan Harley Quinn Dari Suicide Squad Diumumkan Buat PUBG

Diterbitkan pada November 6, 2018 oleh .

PUBG Corp hari ini berkongsi yang mana mereka akan membawa kostum Joker dan Harley Quinn dari filem Suicide Squad ke dalam permainan PUBG.

Melaluinya, pemain berupaya untuk bermain sebagai Joker bersama-sama dengan kostumnya seperti rambut hijau ikonik tersebut bersama-sama solek dan tatu dimukanya.

Manakala bagi kostu Harley Quinn pula, pemain berupaya untuk mendapatkan kesemua kostum ikonik dari filem Suicide Squad seperti rambut dan baju ikonik Daddy’s Monster beliau.

Buat masa ini, PUBG Corp masih belum berkongsi tarikh pelancaran buat kostum tersebut. Namun, ini memberi satu peluang yang menarik dan mungkin pada masa akan datang DC akan bekerjasama bersama PUBG Corp untuk melancarkan lebih banyak kostum-kostum adiwira dari francais DC.

PUBG atau Player Unknown’s Battleground merupakan permainan pertempuran royale yang mana ianya telahpun dilancarkan di PC dan Xbox One.


TIPS & ULASAN