Jumlah Muat Turun Super Mario Run Mencecah 300 Juta

Super Mario Run merupakan antara permua terawal yang diterbitkan oleh Nintendo. Dikeluarkan pada Disember 2016 untuk iOS dan Mac 2017 untuk Android, permua ini sudah menghampiri tahun kedua pengeluaran.

Sebelum ini, permua tersebut dilaporkan menjana pendapatan lebih $60 juta dan mempunyai 20 juta pemain aktif setiap bulan. Nintendo mengumumkan yang permua tersebut telah di muat turun sebanyak 300 juta kali dan 90% daripada jumlah tersebut adalah pemain dari luar Jepun.

Menurut mereka lagi, permua tersebut telah mencapai tahap matang di mana, jumlah muat turun bulanan adalah mendatar. Super Mario Run menurut Nintendo adalah satu permainan yang penting untuk memastikan siri permainan Mario mencapai pemain dengan lebih ramai.

Permua ini adalah percuma untuk dimuat turun, akan tetapi memerlukan pembelian di dalam aplikasi untuk mendapatkan permainan tersebut sepenuhnya. Buat masa ini mereka tidak berkongsi pecahan antara pemain yang membeli dengan yang tidak.

Sohor Kini