Informasi Permainan Video Terkini
Demo Football Manager 2019 Membolehkan Pemain Bermain Separuh Musim Secara Percuma
PC

Demo Football Manager 2019 Membolehkan Pemain Bermain Separuh Musim Secara Percuma

Diterbitkan pada November 5, 2018 oleh .

Football Manager 2019 iaitu permainan terbaru untuk siri popular simulasi pengurusan bola sepak Football Manager oleh Sports Interactive ini baru sahaja dikeluarkan.

Namun, bagi anda yang masih tidak pasti mengenai permainan ini, anda boleh mencuba permainan tersebut secara percuma melalui demo yang disediakan melalui Steam. Demo tersebut adalah permainan penuh akan tetapi ia dihadkan sehingga separuh musim sahaja.

Jika selepas mencuba demo dan anda membeli permainan tersebut, anda boleh meneruskan permainan menggunakan fail simpanan yang sama tanpa perlu bermula dari awal.

Football Manager 2019 sudah dikeluarkan untuk PC pada 2 November 2018 dan boleh dibeli melalui Steam dengan harga RM139.

Steam: Demo Football Manager 2019


TIPS & ULASAN