Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-ura) Aplikasi Youtube Untuk Switch Akan Tiba Pada 8 November 2018

(Ura-ura) Aplikasi Youtube Untuk Switch Akan Tiba Pada 8 November 2018

Diterbitkan pada November 5, 2018 oleh .

Switch sudah berumur lebih setahun, namun ia masih satu konsol yang mempunyai pelbagai kekurangan berbanding konsol lain walaupun disertakan dengan kelebihan sebuah konsol hibrid.

Kekurangan yang sangat jelas adalah selain Hulu, ia tidak mempunyai sebarang aplikasi hiburan yang lain seperti Youtube dan Netflix. Namun, berdasarkan penulisan di ResetEra,seorang pemilik Switch mengatakan aplikasi Youtube untuk Switch dikeluarkan sebagai aplikasi yang dicadangkan.

Buat masa ini aplikasi tersebut masih tidak disenaraikan dan berdasarkan gambar yang disertakan, aplikasi tersebut akan dikeluarkan pada 8 November 2018. Kami tidak pasti jika Switch sesuai untuk digunakan untuk menonton Youtube, terutama dengan kapasiti bateri yang terhad akan tetapi untuk konsol sekarang tidak mempunyai aplikasi tersebut adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.


TIPS & ULASAN