Informasi Permainan Video Terkini
EA Mengumumkan Spesifikasi PC Untuk Battlefield 5
PC

EA Mengumumkan Spesifikasi PC Untuk Battlefield 5

Diterbitkan pada November 5, 2018 oleh .

Battlefield 5 sudah semakin menghampiri tarikh pengeluaran, selepas pelbagai trailer diperlihatkan, EA hari ini mengumumkan pula spesifikasi PC untuk permainan tersebut.

Pada bulan Mei lepas, spesifikasi untuk PC sudah tertiris tetapi EA kemudiannya mengatakan ia adalah ralat. Namun, berdasarkan spesifikasi yang diumumkan hari ini, tidak banyak perbezaan yang ada.

Berikut adalah spesifikasi untuk PC bagi tetapan minimum dan yang dicadangkan;

Minimum

  • CPU (AMD): AMD FX-8350
  • CPU (Intel): Core i5 6600K
  • RAM: 8GB
  • GPU (NVIDIA): NVIDIA GeForce GTX 1050 / NVIDIA GeForce GTX 660 2GB
  • GPU (AMD): AMD Radeon RX 560 / HD 7850 2GB

Dicadangkan

  • CPU (AMD): AMD Ryzen 3 1300X
  • CPU (Intel): Intel Core i7 4790 atau bersamaan
  • RAM: 12GB
  • GPU (NVIDIA): NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB
  • GPU (AMD): AMD Radeon RX 580 8GB

Dicadangkan Untuk DirectX ray tracing

  • CPU (AMD): AMD Ryzen 7 2700
  • CPU (Intel): Intel Core i7 8700
  • RAM: 16GB
  • GPU: NVIDIA GeForce RTX 2070

Dengan spesifikasi minimum yang agak sederhana, ia membolehkan ramai pemain dapat bermain walaupun dengan tetapan yang tidak tinggi. Battlefield V akan dikeluarkan pada 20 November 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN