Sebelum ini, Bandai Namco sering mengemaskini permainan Naruto To Boruto: Shinobi Striker dengan pelbagai kemaskini watak DLC baru seperti Jiraiya dan Hiruzen Sarutobi.

Terkini, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan membawa watak Orochimaru pula buat permainan tersebut sebagai watak tambahan seterusnya.

https://www.youtube.com/watch?v=yFG7WioYAqY

Seperti watak-watak baru sebelum ini, Orochimaru akan disertakan secara percuma melalui kemaskini permainan tersebut. Namun, bagi mereka yang ingin mendapatkan kostum-kostum termasuklah senjata dan kemahiran Orochimaru tersebut untuk digunakan untuk watak pemain sendiri, pemain perlu mendapatkan pas musim permainan tersebut secara berasingan.

Melalui watak ini, Bandai Namco akan menyertakan kesemua kemahiran-kemahiran beliau seperti kemahiran Summoning Jutsu Reanimation, Multiple Striking Shadow Snake bersama-sama dengan senjata pedangnya Kusanagi.

Naruto To Boruto: Shinobi Striker merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain dimana pemain berupaya untuk bertempur secara berpasukan sehingga 4 pemain untuk menentang pasukan yang lain. Pemain juga berpeluang untuk mencipta watak mereka sendiri untuk digunakan di dalam permainan ini.

Permainan tersebut telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC September lepas. Kami juga sebelum ini telahpun membuat ulasan penuh buat permainan tersebut dimana anda boleh membacanya dibawah.

Ulasan Naruto To Boruto: Shinobi Striker – Permainan Naruto Yang Sangat Mengecewakan

Sohor Kini