Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Mempertontonkan Video Acah Dunia Tangled Buat Kingdom Hearts 3

Square-Enix Mempertontonkan Video Acah Dunia Tangled Buat Kingdom Hearts 3

Diterbitkan pada November 4, 2018 oleh .

Hujung minggu ini berlangsungnya acara Lucca Comics & Games 2018 di Itali dimana Square-Enix mengambil kesempatan tersebut untuk mempertontonkan video acah terbaru buat permainan Kingdom Hearts 3.

Melaluinya, Square-Enix memperlihatkan dunia Kingdom Of Corona, iaitu ianya merupakan dunia daripada filem animasi Disney, Tangled.

Video acah tersebut memperlihatkan sebahagian dunia Kingdom Of Corona yang mana watak utama Rapunzel meninggalkan menara misteri bersama-sama Flynn Rider.

Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini. Kami juga telah berkongsi pandang pertama kami buat permainan tersebut ketika acara Playstation Experience SEA 2018 lepas.


TIPS & ULASAN