Skip to main content

Bagi pemain di PC, anda mungkin iri hati buat pemain Playstation 4 dimana Destiny 2 diumumkan sebagai permainan percuma beberapa bulan lepas buat pelanggan Playstation Plus.

Namun kini, anda tidak lagi perlu berasa demikian dimana Activision hari ini mengumumkan bahawa permainan tersebut kini boleh dimuat-turun secara percuma di PC bermula hari ini sehingga 18 November ini dimana selepas menebusnya anda akan memiliki terus permainan tersebut selamanya.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut secara percuma, anda hanya perlu ke pautan dibawah untuk menebus salinan permainan tersebut secara digital. Namun, untuk memperolehnya, anda perlu mempunyai akaun Battle.net oleh Blizzard dimana anda boleh mendaftarnya secara percuma.

Menariknya, bagi mereka yang sudah mempunyai permainan tersebut, Bungie akan menyertakan satu lambang esklusif khas buat pemain pada Disember kelak. Manakala bagi mereka yang baru sahaja menebus permainan tersebut, mereka juga berpeluang untuk mencuba kemaskini Forsaken mod multi-pemain, iaitu Gambit secara percuma pada 9 hingga 11 November ini.

Destiny 2 adalah permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain. Ia telahpun dilancarkan tahun lepas dengan pelbagai kandungan tambahan sejak pelancarannya.

[download] Muat-Turun Percuma : Destiny 2 [/download]

Leave a Reply