Overwatch sememangnya terkenal dengan pelbagai watak-watak yang menarik di dalam permainan mereka dimana setiap satunya mempunyai penceritaannya yang tersendiri. Sebelum ini, Blizzard berkongsi animasi pendek watak D.Va yang memfokuskan kerjaya beliau sebagai salah seorang juru terbang Meka.

Terkini, Blizzard memperlihatkan animasi pendek baru yang bertajuk “Reunion” yang mana ianya memfokuskan watak McCree dan juga watak Ashe, iaitu watak baharu yang baru sahaja diumumkan.

Animasi pendek tersebut memperlihatkan McCree bertempur dengan Ashe yang berdasarkan apa yang dipertonton, mereka sebelum ini merupakan kenalan dan juga bersekutu antara satu sama lain.

Menariknya, pada penghujung animasi tersebut, Blizzard juga memperacahkan yang mana mungkin adalah watak seterusnya yang bakal mereka umumkan buat permainan Overwatch kelak.

Overwatch merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk permainan secara arena multi-pemain. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Sohor Kini