Ashe Diumumkan Sebagai Watak Baharu Buat Overwatch

Selain daripada pengumuman Warcraft III: Reforged dan Diablo Immortal, di acara BlizzCon 2019, Blizzard juga mengumumkan bahawa mereka akan membawa watak baharu buat permainan Overwatch iaitu Ashe.

Ashe merupakan koboi wanita yang memfokuskan senapang dan juga bom tangan. Menurut profil watak oleh Blizzard, beliau merupakan ketua kepada Deadlock Gang, iaitu penjenayah yang terdapat di dalam dunia Overwatch.

Dari segi kemahiran dan senjata pula, Ashe dilengkap dengan senapang separa automatik, iaitu The Viper dimana beliau berupaya untuk menembak dengan pantas. Senjata tersebut juga boleh disasarkan untuk mendapat tembakan yang lebih tepat.

Manakala senjata kedua pula adalah dinamit yang Ashe boleh baling terhadap musuh. Dinamit tersebut memerlukan sedikit masa sebelum ia meletup namun Ashe juga boleh menembak dinamit tersebut setelah beliau membalingnya untuk membuat letupan yang lebih cepat. Musuh-musuh yang terkena letupan tersebut juga akan terus terbakar dan akan cedera mengikut masa.

Senjata seterusnya adalah senapang patah, Coach Gun yang mana Ashe boleh menembak ke arah musuh ataupun di tanah untuk menghasilkan satu penolakkan buat musuh ataupun pemain.

Dari segi kemahiran terakhir, Ashe berupaya untuk memanggil teman beliau, B.O.B. yang mana ianya sebuah robot Omnic dengan senjata tangan. Melaluinya, beliau berupaya untuk menyerang ke hadapan dan menolak musuh-musuh ke udara.

Overwatch merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk permainan secara arena multi-pemain. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Sohor Kini