Bersempena dengan acara BlizzCon 2018 yang berlangsung hujung minggu ini, Blizzard mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali permianna Warcraft iaitu Warcraft III: Reforged pada tahun hadapan di PC dan Mac.
Warcraft III: Reforged merupakan permainan pernambah-baikkan Warcraft III yang mana menurut Blizzard, mereka bukan sahaja meningkat visual grafik permainan tersebut, malah mereka mengolah semula aset-aset model permainan tersebut kepada visual grafik terkini.
Menariknya juga, setiap watak-watak yang terdapat di dalam permainan tersebut kini telahpun diolah semula dengan lebih terperinci termasuklah peta kawasan permainan tersebut. Selain itu, Blizzard juga akan menyertakan sokongan resolusi 4k.
Tambahan juga, dari segi penceritaan permainan tersebut, Blizzard akan menyertakan lebih dari 62 misi yang pemain boleh mainkan berdasarkan permainan Warcraft II: Reign of Chaos dan The Frozen Throne sebelum ini. Selain itu, kempen The Culling, iaitu penceritaan asal Warcraft juga diumumkan bersama.
Bagi mereka yang suka bermain secara kompetitif, Blizzard juga akan menyertakan mod multi-pemain buat permainan ini dimana anda boleh bertempur dengan pemain lain secara atas-talian.
Blizzard juga menyatakan bahawa mereka akan menyertakan mod permainan tersendiri yang pemain boleh hasilkan seperti mod MOBA, pertahanan menara dan sebagainya.
Warcraft III: Reforged adalah permainan pernambah-baikkan yang diolah semula berdasarkan permainan Warcraft III beberapa tahun lepas. Ianya kini boleh dipra-tempah bermula dengan harga $29.99(~RM125) melalui laman rasmi Blizzard. Menurut Blizzard, ia bakal tiba di PC dan Mac pada tahun hadapan.