Skip to main content

Twitch sebelum ini mengumumkan program Free Games with Prime iaitu program baru seakan PS Plus yang memberikan sebilangan permainan percuma setiap bulan untuk pelanggan Twitch Prime.

Permainan yang ditawarkan untuk bulan November adalah AER: Memories of Old, Overcooked, Strafe,The Pillars of Earth, dan Overload. Permainan-permainan ini boleh dimuat-turun bermula 1 November 2018 sehingga 3o November 2018. Untuk memuat-turun permainan ini anda memerlukan aplikasi Twitch Desktop.

Anda boleh melanggani Twitch Prime dengan harga $5.99 (RM23) sebulan akan tetapi untuk 6 bulan pertama langganan akan berharga $2.99 (RM11) sebulan. Melalui Twitch Prime, pelanggan akan mendapat langganan untuk satu channel percuma setiap bulan di Twitch dan juga dapat mengakses Twitch tanpa iklan. Selain itu pelanggan juga dapat melayari Prime Video iaitu perkhidmatan seakan Netflix oleh Amazon.

Apa pendapat anda mengenai senarai permainan percuma untuk bulan November?

Leave a Reply