Nighstream merupakan permainan mudah alih yang dibangunkan oleh pembangun dari Malaysia, Streamline Games. Ia merupakan permua yang memfokuskan bentuk permainan secara pelarian tanpa had.

Ketika SEA Game Awards yang berlangsung di Level UP 2018, Nightstream telah memenangi Anugerah Teknologi Terbaik iaitu anugerah yang diberikan kepada permainan yang mempunyai penggunaan teknologi terbaik. Nighstream juga dicalonkan untuk anugerah Rekaan Permainan Terbaik dan Inovasi Terbaik.

Artikel berkaitan: Senarai Pemenang Anugerah Permainan Terbaik Sempena Acara Level UP KL 2018

Bagi pengunjung yang berkesempatan untuk mengunjungi booth Streamline di Level UP KL 2018, mereka juga menyediakan komik yang berdasarkan watak dan jalan cerita untuk permainan Nightstream. Komik tersebut akan dikeluarkan secara percuma di laman rasmi mereka: nightstreamhq.com.

Selain itu, Streamline juga mengumumkan kandungan khas bertemakan Halloween untuk permua tersebut. Ia menyertakan satu kostum untuk setiap watak yang boleh dibeli di dalam permua tersebut dengan menggunakan mata wang maya Axon iaitu berharga 150 Axon. Ia juga menyertakan 4 rekaan papan luncur yang boleh dibeli dengan 75 Axon setiap satu.

Tahniah kami ucapkan untuk Streamline Games. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai permua ini, kami ada mengeluarkan ulasan yang anda boleh baca menggunakan pautan di bawah.

Ulasan Nightstream – Permua Pelarian Tanpa Had Oleh Studio Pembangun Dari Malaysia

Sohor Kini