Informasi Permainan Video Terkini
Media Prima Digital Dan Kitamen Kini Bekerjasama Untuk Menerajui E-Sukan Di Malaysia

Media Prima Digital Dan Kitamen Kini Bekerjasama Untuk Menerajui E-Sukan Di Malaysia

Diterbitkan pada November 2, 2018 oleh .

Ketika acara Level UP 2018 yang berlangsung minggu ini, Media Prima Digital dan Kitamen mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk meningkatkan industri e-sukan di Malaysia.

Melalui acara tersebut, mereka mengadakan acara perjanjian persefahaman yang ditandatangani oleh Rafiq Razali, ketua pegawai eksekutif Media Prima Digital dan Hazman Hassan, ketua pegawai eksekutif Kitamen. Acara tersebut juga disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama-sam dangan Dato’ Yasmi Mohmood, ketua pegawai eksekutif MDEC.

Melalui kolaborasi tersebut, Media Prima Digital dan Kitamen menyatakan bahawa mereka akan bekerjasama untuk meningkatkan lagi industri e-sukan di Malaysia dengan mendidik, memupuk dan memberi pendedahan bidang ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Sekaligus, kerjasama ini akan membenarkan Media Prima Digital untuk menyediakan pelbagai akses platform untuk mempromosikan e-sukan dengan lebih baik.

Kitamen juga akan diberi peluang untuk menggunakan keseluruh aset Media Prima Digital juga untuk meningkat dan mempromosikan e-sukan di Malaysia dan pada masa yang sama menganjurkan pelbagai jenis acara dan kejohanan pada masa akan datang.

Semestinya kerjasama ini merupakan sesuatu yang sangat baik buat industri permainan video di Malaysia ini. Bukan sahaja ianya pasti akan meningkatkan industri e-sukan, dengan berkembangnya arena tersebut, sudah pasti industri permainan video akan meningkat secara bersama.


TIPS & ULASAN