Diablo III: Eternal Collection untuk Switch bakal tiba hari ini, bersamanya pelbagai barangan dikeluarkan. Antaranya adalah berkas Nintendo Switch Diablo III yang mempunyai rekaan khas serta pouch untuk Switch.
Hari ini, Blizzard juga mengumumkan amiibo berdasarkan watak Diablo iaitu Loot Goblin. Dengan menggunakan amiibo ini di dalam permainan tersebut ia akan memberikan pelbagai barangan di dalam permainan. amiibo tersebut akan dikeluarkan pada Disember 2018.
Where there are goblins, there is treasure to be found! Summon your own portal to untold riches with the exclusive #DiabloSwitch Loot Goblin amiibo – available Dec 2018! pic.twitter.com/jLe4vMmkcH
— Diablo (@Diablo) November 1, 2018
Versi Diablo III Eternal Collection akan menyertakan sebilangan kandungan-kandungan yang telah pun dilancarkan oleh mereka sebelum ini buat versi Switch tersebut dan akan dikeluarkan pada 2 November 2018.