Informasi Permainan Video Terkini
Edisi Darksiders Warmastered Dan Darksiders 2: Deathinitive Menerima Kemaskini Resolusi 4K
PC

Edisi Darksiders Warmastered Dan Darksiders 2: Deathinitive Menerima Kemaskini Resolusi 4K

Diterbitkan pada November 2, 2018 oleh .

Darksiders Warmastered Edition dan Darksider 2: Deathinitive Edition merupakan permainan penambah-baikkan untuk permainan Darksiders yang pertama dan kedua.

Minggu ini, THQ Nordic mengumumkan yang permaianan tersebut akan menerima kemaskni untuk menyokong resolusi 4K di platfrom yang menyokongnya seperti Playstation 4 Pro.

Kemaskini tersebut akan tiba hari ini untuk Darksiders Warmastered Edition manakala Darksiders 2: Deathinitive Edition, kemaskini tersebut akan tiba kemudian pada bulan ini.

Anda boleh membeli kedua-dua permainan tersebut secara berasingan. Selain itu, permainan ini juga disediakan secara percuma untuk anda yang membeli permainan terkini siri ini iaitu Darksider III bagi edisi Blade & Whip yang berharga RM400 dan Collector’s Edition yang berharga RM600.

Darksiders III dirancang untuk dilancarkan buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 27 November 2018 ini.


TIPS & ULASAN