Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Direct Terakhir Buat Permainan Super Smash Bros. Ultimate Ditayangkan

Nintendo Direct Terakhir Buat Permainan Super Smash Bros. Ultimate Ditayangkan

Diterbitkan pada November 2, 2018 oleh .

Semalam, Nintendo mempertontonkan Nintendo Direct terakhir buat permainan Super Smash Bros. Ultimate sebelum ia bakal dilancarkan November ini. Melaluinya, Nintendo memperlihatkan sebilangan watak-watak dan kandungan-kandungan baharu yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Antara watak baharu yang diumumkan adalah Ken dari siri Street Fighter dan Incineroar iaitu Pokemon dari siri Pokemon Sun dan Moon. Kedua-dua watak ini merupakan watak terakhir buat keseluruhan watak asas bagi permainan Super Smash Bros. Ultimate dimana keseluruhan watak buatnya sudah mencapai 74 watak.

Ken merupakan watak Echo Fighter Ryu, dimana beliau mempunyai sebilangan gerakkan hampir sama dengan Ryu. Namun, Nintendo juga menyertakan sebilangan kemahiran yang berbeza seperti Hadoken yang berlainan dan Ken akan bergerak dengan lebih pantas.

Manakala Incineroar pula ialah Pokemon evolusi terakhir untuk Litten dimana beliau merupakan Pokemon berkelaskan api dan perlawanan. Melalui Super Smash Bros. Ultimate, Incineroar mempunyai sebilangan serangan yang berdasarkan permainan Pokemon Sun dan Moon dimana antaranya adalah Max Malicious Moonsault, iaitu merupakan serangan Z-Move dari permainan Pokemon tersebut.

Selain itu, Nintendo juga mengumumkan sebilangan watak Assist Trophy yang baru dimana permainan tersebut kini mempunyai sebanyak 59 watak Assist Trophy. Antara watak baharu yang diumumkan ketika Nintendo Direct adalah:

  • Yuri Kozutaka dari Fatal Frame: Maiden of Black Water
  • Isaac dari Golden Sun
  • Black Knight dari Fire Emblem: Path of Radiance
  • Thwomp dari siri Super Mario Bros.
  • Spring Man dari ARMS
  • Guile dari siri Street Fighter
  • Wily Capsule dari siri Mega Man
  • Flies and Hands dari Mario Paint
  • Tiki dari Fire Emblem
  • Vince dari Art Gallery
  • Akira Yuki dari Virtua Fighter

Selain daripada watak Assist Trophy, Nintendo juga menyertakan pelbagai jenis kostum baru buat watak-watak Mii Fighters seperti kostum Ninja, suara yang berlainan dan sebagainya.

Selain daripada itu, Nintendo juga mengumumkan watak DLC pertama buat permainan tersebut iaitu Piranha Plant, dimana pemain berupaya untuk mendapatkannya secara terhad.

Selain itu, Nintendo juga menyatakan bahawa watak tersebut tidak akan dilancarkan sehingga Februari 2019 kelak dan bagi mereka yang ingin mendapatkannya secara percuma, anda perlu mendaftarkan permainan Super Smash Bros. Ultimate di akaun My Nintendo sebelum 31 Januari 2019.

Tambahan itu, Nintendo juga mengumumkan bahawa mereka akan membawa pas musim Fighters Pass buat permainan Super Smash Bros. Ultimate dimana setiap satu DLC watak akan menyertakan satu watak baru, satu pentas kawasan baru dan sebilangan muzik latar.

Menurut Nintendo setiap satu DLC watak akan dijual dengan harga $5.99(~RM25). Manakala pemain juga boleh mendapatkan keseluruhan pas musim Fighter Pass dengan harga $24.99(~RM105).

Seperti biasa, dengan pelancaran permainan terbaru oleh Nintendo, mereka juga akan melancarkan siri Amiibo terbaru berdasarkan watak-watak yang terdapat didalam permainan tersebut. Mereka juga mengesahkan watak-watak DLC juga akan dilancarkan Amiibo terbaru. Antara yang diumumkan adalah:

  • Inkling, Ridley dan Wofl akan dilancarkan 7 Disember 2018
  • King K. Rool, Ice Climbers dan Piranha Plant akan dilancarkan 15 Februari 2019
  • Isabelle, Pichu, Ken, Young Link dan Daisy bakal dilancarkan 2019 kelak

Selain itu, Nintendo juga mengumumkan mod terbaru Spirit, yang mana ia merupakan satu bentuk seakan Gacha di dalam permainan Super Smash Bros. Ultimate. Spirit merupakan watak-watak dari pelbagai francais permainan video yang berada di dalam permainan tersebut dimana mereka telah

Melaluinya, pemain berupaya untuk menetapkan pelbagai Spirit buat watak-watak di dalam permainan tersebut untuk meningkatkan sebilangan kuasa dan kemahiran mereka. Setiap Spirits tersebut juga mempunyai 3 jenis Spirits, iaitu Attack, Grab dan Shield.

Selain itu, pemain juga berupaya untuk mendapatkan pelbagai lagi jenis Spirit lain dengan bertempur dengan sebilangan mod Spirit Battles dan juga mencantumkan Spirits tersebut untuk mendapat sebilangan Spirits tambahan dan tingkatkan kuasa mereka.

Bagi anda yang suka bermain permainan secara solo, Nintendo juga mengumumkan mod penceritaan buat permainan Super Smash Bros. Ultimate iaitu World Of Light dimana melaluinya, pemain akan mengembara bersama Kirby dan menyelamatkan rakan-rakan watak yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Namun buat masa ini, pengarah permainan tersebut iaitu Masahiro Sakurai menyatakan bahawa mod tersebut masih lagi akan dirahsiakan sebelum mereka melancarkan permainan tersebut.

Selain daripada mod solo, mod multi-pemain juga diumumkan dimana seperti kebanyakkan permainan perlawanan lain, permainan ini juga akan menyertakan mod kompetitif iaitu Global Smash Power dan juga keupayaan untuk bermain secara koperasi sebanyak dua orang.

Bagi anda yang berminat untuk menonton keseluruhan acara Nintendo Direct khas permainan tersebut, anda boleh menontonnya dibawah.

Super Smash Bros. Ultimate merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Nintendo secara khas di konsol Switch. Ia merupakan satu permainan yang menjadi ikutan ramai dengan bentuk permainannya yang menarik dan senarai watak-watak dari pelbagai francais termasuklah permainan dari pengeluar permainan lain. Permainan tersebut akan dilancarkan pada 7 Disember 2018 ini.


TIPS & ULASAN