Skip to main content

Little’s Dragons Cafe merupakan permainan terbaru dari Yasuhiro Wada iaitu pencipta Harvest Moon. Ia sudah dikeluarkan untuk Playstation 4 dan Switch pada 24 Ogos lepas. Minggu ini, Aksys Games mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan untuk PC pada 15 November 2018.

Little Dragons Cafe merupakan permainan bentuk pengembaraan yang mana pemain berupaya untuk menternak naga dan pada masa yang sama menjalankan sebuah restoran kafe.

Pemain juga berupaya untuk bercucuk tanam dan bergaul mesra bersama penduduk-penduduk kampung seakan permainan Harvest Moon dan Stardew Valley.

Berikut adalah spesifikasi PC untuk bermain permainan ini;

Minimun

  • CPU: 2.4 GHz Dual Core
  • GPU: Intel HD Graphics 520 atau Nvdia GeForce  GT720
  • RAM: 8GB

Dicadangkan

  • CPU: 3GHz Quad Core CPU
  • GPU: GeForce GTX 960
  • RAM: 8GB

Leave a Reply